20130805

圖騰柱制作比赛

PERTANDINGAN ‘TOTEM POLE
Tujuan: i) Meningkatkan daya kreativiti peserta

Tarikh                                      : 17 Disember 2013
Yuran pendaftaran                  : RM 15.00
Bilangan peserta                      : 2 orang
Tempat pertandingan              : Dewan
Masa pendaftaran                   : 4.00 petang
Masa pertandingan                  : 4.30 petang
Pakaian                                    : Pakaian seragam lengkap

Peraturan
1. Semua hasil rekaan akan dipamerkan dan dikembalikan kepada para peserta selepas majlis unggun api.
2. Para peserta dikehendaki menyiapkan hasil rekaan ‘totem pole’ sebelum pertandingan. Kelayakan peserta akan dibatalkan bagi peserta yang gagal berbuat demikian.
3.Para peserta hanya diberikan masa 5 minit untuk membuat penerangan. Markah akan ditolak bagi peserta yang melebihi had masa.
4. Ketinggian ‘totem pole’tersebut yang maksima adalah 2.0 meter. Kelayakan peserta akan dibatalkan sekiranya peserta tidak mematuhi peraturan.
5. Penggunaan alat elektrik dalam ‘totem pole’ adalah dibenarkan tetapi pihak penganjur tidak akan membekalkan sebarang arus elektrik.
6. Dua orang peserta diperlukan untuk menerangkan ‘totem pole’ masing-masing semasa pertandingan.
7. Penerangan mestilah dalam Bahasa Cina, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
8. Para peserta tidak dibenarkan meninggalkan tapak pertandingan semasa pertandingan dijalankan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.
9. Semasa pertandingan dijalankan, para peserta tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang luar yang tidak melibatkan diri dalam pertandingan.
10. Para peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya.
11. Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.
12. Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.
13. Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.

PERHATIAN: PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI TEMPAT
PERRTANDINGAN PADA MASA YANG DITETAPKAN.
JIKA TIDAK, KELAYAKAN BERTANDING AKAN
DIBATALKAN!




Pemarkahan:
Daya Tarikan
30%
Kreativiti
25%
Penerangan & Maksud Struktur Rekaan
20%
Kelogikan
15%
Kekemasan & Kebersihan
10%
Jumlah
100%



AJK Bertanggungjawab:
i)        Lim Jia Xin (017-4798323)
ii)      Ho Jie Hui   (012-4875508)