20130805

跳舞比赛

PERTANDINGAN TARIAN
 
Tujuan: i)Sebagai hiburan dalam majlis unggun api
ii)Memberi peluang kepada peserta untuk saling berkenalan.
Tarikh : 17 Disember 2013
Yuran pendaftaran : RM 15.00
Bilangan peserta :3 – 15 orang
Tempat saringan : Padang antara Blok A & B
Tempat pertandingan : Padang
Masa pendaftaran :1.30petang
Masa saringan : 2.00 petang
Masa pertandingan : Semasa Majlis Unggun Api
Pakaian :--
Had masa : 5 – 7 minit
Peraturan
 
1. Tajuk tarian adalah bebas tetapi tarian yang berkait dengan tema unggun api adalah digalakkan.
2. Tarian yang berbahaya adalah dilarang.
3. Ganti rugi akan dituntut daripada peserta yang merosakkan kawasan pertandingan semasa pertandingan dijalankan seperti terbakar padang apabila menggunakan api untuk menari.
4. Tarian yang melibatkan bahan api tidak boleh dipersembahkan di atas pentas tetapi di padang.
5. Para peserta hanya diberikan masa 5 – 7 minit untuk membuat persembahan. Markah akan ditolak bagi peserta yang tidak memenuhi had masa.
6. Bilangan peserta mestilah sekurang-kurangnya 3 orang peserta. Markah akan ditolak bagi peserta yang tidak memenuhi had bilangan peserta.
7. Pihak peserta harus menyediakan muzik yang hendak dimainkan semasa persembahan dalam bentuk CD atau pemacu pen dan menghantarnya kepada pihak penganjur semasa pendaftaran. Nama kumpulan/pasukan dan nama sekolah mesti dicatatkan.
8. Giliran untuk membuat persembahan akan ditentukan melalui cabutan undi semasa pendaftaran dibuat.
9. Pakaian adalah tidak terhad tetapi tidak boleh terlalu mencolok mata.
10. Para peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.
11.  Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.
12. Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.
 
PERHATIAN: PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI TEMPAT
PERRTANDINGAN PADA MASA YANG DITETAPKAN.
JIKA TIDAK, KELAYAKAN BERTANDING AKAN
DIBATALKAN!
Pemarkahan:
Daya Tarikan
30%
Kreativiti
25%
Gaya & Perasaan
20%
Pakaian & Solekan
20%
Bonus
5%
Jumlah
100%
 
 
AJK Bertanggungjawab:
i) Lee Wen Yi (016-4210961)
ii) Ong Le Ying (014-7418309)