Pertandingan Model Gejet & ‘Pioneering’
Tujuan: i) Untuk meningkatkan tahap kemahiran peserta tentang model
gejet
&
‘pioneering’
ii) Untuk
membolehkan peserta saling berkenalan
Tarikh : 17
Disember 2013
Yuran pendaftaran
: RM 15.00
Deposit : RM 20.00
Bilangan peserta
: 4 orang
Masa pendaftaran
: 7.30 pagi
Masa pertandingan
: 8.00pagi
Masa persembahan
: 11.00 pagi
Tempat pertandingan
: Dewan
Pakaian :
Pakaian seragam lengkap
Peraturan
MODEL GEJET & ‘PIONEERING’
1. Jenis-jenis model gejet
yang hendak disiapkan sebelum pertandingan ialah:-
a) Pagar e) Rak kasut i) Tong sampah (kering & basah)
b) Khemah f) Rak alatan j) HQ
c) Tiang bendera g) Rak tuala k) Meja dan kerusi
d) Tandas h) Dapur
2. Model gejet yang peru
disiapkan semsa pertandingan ialah:-
a)Pintu gerbang b)
Menara c) Jambatan
3. Model-model gejet
tambahan akan diberi markah bonus.
MASA
1. Para peserta akan diberi
tempoh 3 jam untuk menyiapkan, menghias dan
membersihkan model gejet dan tapak masing-masing.
2. Persembahan model gejet
& pioneering akan bermula sebaik sahaja masa 3 jam itu tamat.
3. Markah akan ditolak bagi
mana-mana pasukan yang tidak sempat menyiapkan model gejet dan tapak yang
diwajibkan dalam masa yang ditetapkan.
BAHAN-BAHAN
1. Hanya bahan seperti kayu
sate/ buluh/ rotan/ kayu/ batang lidi, gunting, pisau, benang dan pita pengukur
boleh diguna untuk membina model gejet. Bahan lain yang digunakan haruslah
dimaklumkan kepada pihak penganjur.
2. Penggunaan cat, syelek,
bahan pelekat, bahan kimia, bahan elektronik dan glu adalah dilarang untuk
membuat model gejet kecuali untuk kegunaan membuat tapak.
3. Hanya benang yang
berwarna putih dibenarkan untuk membuat model gejet.
NISBAH
1. Setiap model gejet yang
dibina haruslah mengikuti nisbah yang ditetapkan, iaitu 1cm mewakilli 30cm.
PERSEMBAHAN
1. Persembahan akan bermula
sebaik sahaja tempoh tiga jam itu tamat.
2. Dua orang sahaja dibenarkan
untuk membuat penerangan semasa persembahan dijalankan.
3. Dua orang peserta
diperlukan untuk menerangkan model gajet dan ‘pioneering’ masing-masing semasa
persembahan.
4. Para peserta hanya
diberikan masa 5 minit untuk membuat penerangan. Markah akan ditolak bagi
peserta yang melebihi had masa.
TAPAK MODEL GEJET
1. Tapak untuk model gejet
perlu disediakan oleh peserta sendiri dan tidak boleh melebihi 120cm x 120cm.
Jika tidak, markah akan ditolak.
2. Tapak tidak boleh dibuat
sebelum pertandingan bermula.
KEBERSIHAN
1. Kebersihan mestilah
dijaga di tempat pertandingan peserta masing-masing. Markah akan ditolak jika peserta tidak menjaga kebersihan.
2. Deposit akan dipulangkan
kepada pihak peserta sekiranya kebersihan tempat pertandingan dijaga
dengan baik.
HAL-HAL LAIN
1. Semua hasil rekaan akan
dipamerkan selepas pertandingan dan dikembalikan kepada para peserta selepas
majlis unggun api.
2. Peserta tidak boleh
meninggalkan tempat pertandingan semasa pertandingan dijalankan kecuali
mendapat keizinan daripada pihak penganjur.
3. Peserta tidak dibenarkan
untuk berkomunikasi dengan orang luar yang tidak melibatkan diri dalam
pertandingan semasa pertandingan dijalankan.
4. Peserta yang mengganggu
peserta lain akan dibatalkan kelayakan bertanding dan dikeluarkan dari tempat
pertandingan dengan serta-merta.
5. Peserta yang melanggar
peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya.
6. Segala perubahan dan
pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.
7. Keputusan pihak pengadil
adalah MUKTAMAD.
8. Sila hubungi pihak
penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.
PERHATIAN: PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR
DIRI DI TEMPAT
PERTANDINGAN YANG DITETAPKAN.
JIKA TIDAK, KELAYAKAN BERTANDING AKAN
DIBATALKAN!
Pemarkahan:
Keteguhan & kestabilan
|
15%
|
Kelogikan
|
15%
|
Tapak & lokasi
|
15%
|
Ikatan
|
10%
|
Kreativiti
|
10%
|
Kebersihan
|
10%
|
Kerjasama & disiplin
|
10%
|
Kekemasan & perhiasan
|
5%
|
Penerangan
|
5%
|
Bonus
|
5%
|
Jumlah
|
100%
|
AJK
Bertanggungjawab:
i)
Poh
Chern Zheng (012-4551598)
ii) Ng
Cai Yin (017-4224522)