20130805

现代烹饪比赛

  Pertandingan Masakan Moden

Tujuan: i) Untuk meningkatkan tahap kemahiran tentang masakan moden
             ii) Untuk mengeratkan hubungan antara peserta-peserta dari sekolah        
                  yang berbeza
            iii) Untuk memupuk semangat kerjasama antara peserta

Tarikh                                         : 17 Disember 2013
Yuran pendaftaran                       : RM 15.00
Deposit                                       : RM 20.00
Bilangan peserta                          : 4 orang
Masa pendaftaran                        : 7.30   pagi
Masa pertandingan                       : 8.00   pagi
Masa persembahan                      : 11.00 pagi
Tempat pertandingan                   : Kantin
Pakaian                                       : Memasak        – Kemeja-T pasukan
                                                    Persembahan  – Pakaian seragam lengkap


Peraturan

MASAKAN

1. Masakan yang wajib dihidangkan adalah sekurang-kurangnya 4 lauk, 1 sup, 1 minuman dan 1 manisan.

2. Bahan masakan dan peralatan masakan moden yang diperlukan haruslah disediakan oleh pihak peserta sendiri.

3. Hidangan tambahan akan diberikan markah bonus.

4. Makanan yang siap dimasak sebelum pertandingan serta makanan yang mengandungi alkohol adalah dilarang.

5. Peserta yang menggunakan makanan dalam tin perlu menghubungi pihak penganjur sekurang-kurangnya seminggu sebelum pertandingan. Jika tidak, makanan peserta akan disita.

6. Semua masakan yang dihidangkan haruslah halal.

7. Peralatan masakan moden elektrik seperti ketuhar, periuk nasi elektrik adalah dilarang kecuali gas dapur.

8. Gas dapur haruslah disediakan oleh peserta sendiri tetapi bagi peserta yang ingin menyewa gas, sila hubungi pihak penganjur sebulan sebelum pertandingan.

9. Bayaran gas dapur haruslah dibayar oleh peserta sendiri termasuk deposit.

MASA

10. Tempoh selama tiga jam diberikan kepada peserta untuk memasak, menghias, menghidang dan membersihkan tapak pertandingan peserta masing-masing.

11. Markah 20% akan ditolak sekiranya peserta tidak berhenti bekerja apabila masa pertandingan dimaklumkan tamat.

PERSEMBAHAN

12. Persembahan akan bermula sebaik sahaja tempoh tiga jam itu tamat.

13. Dua orang sahaja dibenarkan untuk membuat penerangan semasa persembahan dijalankan.

14. Dua orang peserta diperlukan untuk menerangkan masakan masing-masing semasa persembahan.

15. Para peserta hanya diberikan masa 5 minit untuk membuat penerangan. Markah akan ditolak bagi peserta yang melebihi had masa.

 PENGHIASAN

16. Penyediaan menu makanan dan tag nama adalah diwajibkan dengan menggunakan bahan semula jadi manakala resipi makanan akan mendapat markah bonus sekiranya dibuat.

17. Bahan untuk menghias makanan peserta haruslah bahan semula jadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya manakala bahan kimia adalah dilarangkan.

KEBERSIHAN

18. Kebersihan mestilah dijaga di tempat pertandingan peserta masing-masing. Markah akan ditolak jika peserta yang tidak menjaga

19. Deposit akan dipulangkan kepada pihak peserta sekiranya kebersihan tempat pertandingan dijaga dengan baik.

HAL-HAL LAIN

20. Peserta tidak boleh meninggalkan tempat pertandingan semasa pertandingan dijalankan kecuali mendapat keizinan daripada pihak penganjur.

21. Peserta tidak dibenarkan untuk berkomunikasi dengan orang luar yang tidak melibatkan diri dalam pertandingan semasa pertandingan dijalankan.

22. Peserta yang mengganggu peserta lain akan dibatalkan kelayakan bertanding dan dikeluarkan dari tempat pertandingan dengan serta-merta.

23. Peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya.

24. Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.

25. Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.

26. Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.


PERHATIAN: PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI TEMPAT
                           PERRTANDINGAN PADA MASA YANG DITETAPKAN.
                           JIKA TIDAK, KELAYAKAN BERTANDING AKAN
                           DIBATALKAN!

Pemarkahan:
Kelazatan
30%
Penghiasan
25%
Kebersihan
15%
Kerjasama & Disiplin
10%
Penerangan
10%
Bonus
10%
Jumlah
100%
        
AJK Bertanggungjawab:
i)        Yeong Kai Ren  (019-4093817)
ii)      Yeoh Yun Xuan (012-4987466)