PERTANDINGAN
MASAKAN RIMBA
Tujuan: i) Untuk meningkatkan tahap kemahiran
tentang masakan rimba
ii) Untuk mengeratkan hubungan antara peserta-peserta dari
sekolah yang berbeza
iii) Untuk memupuk semangat kerjasama antara peserta
Tarikh : 17 Disember 2013
Yuran
pendaftaran : RM 15.00
Deposit : RM 20.00
Bilangan
peserta : 4 orang
Masa
pendaftaran : 7.30 pagi
Masa
pertandingan : 8.00
pagi
Masa persembahan : 11.00 pagi
Tempat
pertandingan : Padang & Kawasan antara Blok A & B
Pakaian : Memasak – Kemeja-T pasukan
Persembahan – Pakaian seragam lengkap
Peraturan
MASAKAN
1. Masakan yang wajib dihidangkan ialah:-
i) Nasi ii) ayam/ itik iii) ikan iv) ubi kentang v) roti
lilit vi) pankek vii) telur viii) minuman viiii) manisan
2. Bahan masakan yang diperlukan haruslah disediakan oleh
pihak peserta sendiri.
3. Hidangan tambahan akan diberikan markah bonus.
4. Bahan perisa seperti sos cili, sos tomato, kicap soya
tidak boleh digunakan kecuali bahan perisa yang diperbuat daripada bahan semula
jadi semasa pertandingan oleh peserta sendiri seperti serbuk lada putih yang
dibuat oleh peserta sendiri dengan biji lada putih semasa pertandingan.
5. Alatan moden seperti kuali tidak boleh digunakan untuk
memasak kecuali alatan masakan yang diperbuat daripada bahan semula jadi
seperti buluh.
6. Buluh haruslah disediakan oleh peserta sendiri.
7. Papan zink, karung guni, kayu api dan pasir juga haruslah
disediakan oleh peserta sendiri.
8. Tapak pertandingan merupakan jalan raya yang diperbuat
daripada tar, iaitu jalan raya yang biasa digunakan oleh kenderaan.
9. Semua masakan yang dihidangkan haruslah halal.
MASA
10.Semua peserta akan diberi tempoh 20 minit untuk
menghidupkan api. Selepas 20 minits, markah menghidupkan api tidak akan
diberikan.
11.Masa selama tiga jam diberikan kepada peserta untuk
memasak, menghias, menghidang dan membersihkan tapak pertandingan
masing-masing.
12.Markah 20% akan ditolak sekiranya peserta tidak berhenti
bekerja apabila masa pertandingan dimaklumkan tamat.
PERSEMBAHAN
13.Persembahan akan bermula sebaik sahaja tempoh tiga jam
itu tamat.
14.Dua orang sahaja dibenarkan untuk membuat penerangan
semasa persembahan dijalankan.
15. Dua orang peserta diperlukan untuk menerangkan masakan
masing-masing semasa persembahan.
16. Para peserta hanya diberikan masa 5 minit untuk membuat
penerangan. Markah akan ditolak bagi peserta yang melebihi had masa.
API
17.Bahan api yang digunakan mestilah bahan semula jadi
seperti kayu, daun kering manakala penggunaan bahan tidak semula jadi seperti
kertas dan tayar adalah dilarang.
18.Peserta akan diberikan tiga batang mancis untuk
menghidupkan api. Markah akan ditolak bagi setiap batang mancis yang ditambah.
19.Peserta hanya dibenarkan untuk membuat 2 nyalaan api
sahaja.
PENGHIASAN
20.Penyediaan menu makanan dan tag nama adalah diwajibkan
dengan menggunakan bahan semula jadi manakala resipi makanan akan mendapat
markah tambahan sekiranya dibuat.
21.Bahan untuk menghiasi makanan haruslah bahan semula jadi
seperti buah-buahan dan sayur-sayuran manakala bahan kimia adalah dilarang.
KEBERSIHAN
22.Sekiranya jalan tar yang diguna oleh peserta mengalami
apa-apa kerosakan, peserta diminta membayar ganti rugi. Oleh yang demikian,
untuk mengelakkan kejadian tersebut berlaku, peserta wajib mendirikan ‘tapak
menyala api’ dan menyediakan sekurang-kurangnya 2 lapisan papan zink, dua
lapisan guni dan lapisan pasir mestilah melebihi 6 cm.
23.Kebersihan mestilah dijaga di tempat pertandingan peserta
masing-masing. Markah kebersihan akan ditolak jika peserta didapati tidak
menjaga kebersihan.
24.Deposit akan dipulangkan kepada pihak peserta sekiranya
kebersihan tempat pertandingan dijaga dengan baik.
HAL-HAL LAIN
25.Peserta tidak boleh meninggalkan tempat pertandingan
kecuali mendapat keizinan daripada pihak penganjur.
26.Peserta tidak dibenarkan untuk berkomunikasi dengan orang
luar semasa pertandingan dijalankan.
27.Peserta yang mengganggu peserta lain akan dibatalkan
kelayakan bertanding dan dikeluarkan dari tempat pertandingan dengan
serta-merta.
28.Peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan
bertandingnya.
29.Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada
kuasa pihak penganjur.
30.Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.
31.Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan
menimbulkan kekeliruan.
PERHATIAN: PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI
TEMPAT
PERTANDINGAN YANG DITETAPKAN.
JIKA TIDAK, KELAYAKAN BERTANDING AKAN
DIBATALKAN!
Pemarkahan:
Cara Memasak
|
20%
|
Kelazatan
|
20%
|
Penghiasan
|
20%
|
Kebersihan
|
10%
|
Kerjasama & Disiplin
|
10%
|
Penerangan
|
10%
|
Nyalaan Api
|
5%
|
Bonus
|
5%
|
Jumlah
|
100%
|
AJK Bertanggungjawab:
i) Lim
Jia Xin (017-4798323)
ii) Ong
Le Ying (014-7418309)