20130805

唱歌比赛


PERTANDINGAN NYANYIAN

Tujuan :i)Sebagai hiburan dalam Majlis Unggun Api

             ii) Member peluang kepada peserta untuk saling berkenalan

Tarikh : 17 Disember 2013

Yuran Pendaftaran : RM 15.00

Bilangan Peserta :1– 4 orang

Tempat Saringan : Bilik Pertandingan

Tempat Pertandingan : Padang

Masa Pendaftaran :1.30petang

Masa Saringan :2.00 petang

Masa Pertandingan : Semasa Majlis Unggun Api

Pakaian :--

Had Masa :4 – 7 minit

Peraturan

1.      Tajuk lagu adalah bebas dan lagu peserta ciptaan sendiri digalakkan.

2.      Sebarang penciptaan lagu menjadi hak milik peserta. Jika didapati penciptaan meniru orang lain, maka markah akan ditolak.

3.      Lagu yang mengandungi unsur-unsur agama, politik dan lucah adalah dilarang.

4.      Para peserta hanya diberi masa 4 – 7 minit untuk membuat persembahan. Markah akan ditolak bagi peserta yang tidak memenuhi had masa.

5.      Pihak peserta harus menyediakan muzik yang hendak dimainkan dalam bentuk CD atau pemacu pen dan menghantarnya kepada pihak penganjur semasa pendaftaran. Nama kumpulan/pasukan/ dan nama sekolah mesti dicatatkan.

6.      Muzik yang hendak dimainkan hanya boleh dilengkapi dengan irama lagu sahaja.

7.      Pakaian adalah bebas tetapi tidak boleh terlalu mencolok mata.

8.      Keputusan saringan akan diumumkan oleh pihak penganjur sebelum majlis unggun api diadakan. Hanya nyanyian yang memuaskan akan dipilih sahaja.

9.      Para peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya.

10.  Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.

11.  Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.

12.  Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.

 

PERHATIAN: PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI

TEMPAT PERTANDINGAN YANG DITETAPKAN.

JIKA TIDAK, KELAYAKAN BERTANDINGAN

Pemarkahan:

Nada Suara
40%
Sebutan
20%
Perasaan
20%
Gaya
20%
Jumlah
100%

AJK Bertanggungjawab:

i) Lim Jia Xin (017-4798323)

ii) Ng Cai Yin (017-4224522)