PERTANDINGAN
MENGHIAS TAPAK
Tujuan: i)Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi para
peserta
ii)Memupuk semangat kerjasama antara peserta
Tarikh : 17 Disember 2013
Yuran pendaftaran : RM 20.00
Deposit : RM 25.00
Bilangan peserta : 10 orang
Tempat pertandingan : Padang
Masa pendaftaran : 4.00 petang
Masa pertandingan : 4.30 petang
Pakaian : Kemeja-T pasukan – Perhiasan
Peraturan
1.
Para peserta akan diberi masa 1 jam
untuk menghias, menyiapkan hasil rekaan dan membersihkan tapak pertandingan
masing-masing tetapi masa pertandinganakan tamat sebaik sahaja masa 1 jam itu
tamat.
2.
Sebelum pertandingan dimulakan, dati
pukul 4.30 petang hingga 5.30 petang, para peserta dibenarkan meletakkan barang
yang perlu digunakan di tapak pertandingan masing-masing.
3.
Markah akan ditolak bagi mana-mana
pasukan yang menggunakan masa tambahan.
4.
Para peserta dikehendaki menyediakan
barang-barang keperluan seperti gergaji, buluh dan lain-lain lagi.
5.
Para peserta dilarang mengorek
lubang di tapak pertandingan. Pancang boleh digunakan tetapi mesti dikeluarkan
selepas majlis unggun api. Penggunaan pancang mesti diberitahu kepada pihak
penganjur semasa pendaftaran dibuat.
6.
Para peserta tidak dibenarkan
meninggalkan tapak pertandingan semasa pertandingan dijalankan kecuali mendapat
kebenaran daripada pihak penganjur.
7.
Semasa pertandingan dijalankan, para
peserta tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang luar yang tidak melibatkan
diri dalam pertandingan.
8.
Para peserta yang melanggar
peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya.
9.
Bagi pasukan yang tidak menjaga
kebersihan tapak pertandingan, markah kebersihan bukan sahaja tidak akan
diberi, malah akan ditolak.
10.
Apabila masa pertandingan tamat,
para peserta mesti berhenti kerja. Markah 15% akan ditolak bagi pasukan yang
melebihi masa.
11.
Deposit akan dikembalikan selepas
pertandingan jika para peserta mematuhi segala peraturan dan menjaga kebersihan
tapak pertandingan.
12.
Segala perubahan dan pindaan adalah
tertakluk kepada pihak penganjur.
13.
Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD
14. Sila hubungi pihak
penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.
PERHATIAN: PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI
DI TEMPAT PERTANDINGAN YANG DITETAPKAN.
JIKA TIDAK, KELAYAKAN BERTANDING AKAN
DIBATALKAN!
Pemarkahan:
|
Daya Tarikan
|
35%
|
|
Kreativiti
|
30%
|
|
Kebersihan & Kekemasan
|
25%
|
|
Bonus
|
10%
|
|
Jumlah
|
100%
|
AJK Bertanggungjawab:
i) Poh Chern Zheng (012-4551598)
ii) Yeoh Yun Xuan (012-4987466)