20130814

第二十届营火会&第十三届童军技能观摩赛规则

Peraturan Majlis Unggun Api Ke-20 &
Pertandingan Kemahiran Ke-13

1. Semua peserta dikehendaki membayar yuran penyertaan RM18 bagi setiap peserta.

2. Semua peserta mestilah berpakaian kemas dan digalakkan memakai pakaian seragam pasukan masing-masing sepanjang masa.

3. Peserta Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 pada tahun 2013 layak untuk menyertai pertandingan yang diadakan dan juga majlis unggun api tetapi peserta Tingkatan 5 hingga Tingkatan 6 Atas pada tahun 2013 hanya layak untuk menyertai majlis unggun api.

4. Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sepanjang hari Majlis Unggun Api ke-20 & Pertandingan Kemahiran Ke-13 kecuali mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.

5. Peserta yang mendaftar bersama pasukan sahaja dibenarkan masuk manakala peserta yang tidak mendaftar atau ingin datang atas nama sendiri dilarang masuk.

6. Peserta mestilah menjaga disiplin diri sendiri.

7. Hanya peserta yang berpakaian pasukan uniform akan dibenarkan masuk ke kawasan sekolah manakala mereka yang berpakaian biasa dilarang masuk ke kawasan sekolah kecuali peserta yang akan membuat persembahan pada malam majlis unggun api

8. Peserta diberi amaran supaya tidak melakukan perkara yang melanggar peraturan, seperti mengusik peserta perempuan, mencederakan peserta lain dan sebagainya. Pihak penganjur akan mengambil tindakan dengan menghubungi pihak polis sekiranya terdapat peserta yang melakukan perbuatan sedemikian.
 
9. Semua peserta haruslah menjaga kebersihan kawasan sekolah sepanjang masa.
 
10. Para peserta yang melanggar peraturan akan diminta keluar dari kawasan sekolah.
 
11. Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada pihak penganjur.

12. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan yang berlaku pada peserta. Oleh itu, para peserta diminta menjaga keselamatan sendiri.
 
13. Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.